SEJARAH SEKOLAH

PROFIL SEKOLAH & SEJARAH PENUBUHAN

-Sekolah Kebangsaan Taman Melawati mula dibina pada tahun 1993 dengan keluasan 2.5 ekar.

-Sekolah ini terletak di Mukim Gombak kira-kira 10 kilometer dari pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.

-Bermula dengan tiga buah blok utama, kini telah berkembang dengan satu blok tambahan, sebuah makmal komputer dan sebuah bangunan prasekolah.

-Dengan adanya pertambahan bangunan blok ini telah dapat menampung jumlah murid yang semakin bertambah serta dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efisyen.

-Blok A terdapat perpustakaan, bilik bimbingan & kaunseling, bilik pemulihan, dewan sekolah, bilik SPBT, bilik tayangan dan bilik darjah. Blok B merupakan blok pentadbiran yang menempatkan pejabat dan bilik guru, kedai buku, stor sukan, bilik kesihatan dan bilik darjah. Sementara blok C pula dibuat khas untuk makmal sains, bilik gerakan, bilik peperiksaan, bilik agama surau dan bilik darjah.

-Bangunan makmal komputer terletak bersebelahan dengan blok C. Blok D terdapat bilik moral, bilik pengawas, bilik pendidikan seni, bilik muzik dan bilik darjah.

-Pada tahun berikutnya, Kelas Pendidikan Khas telah dibuka dan kini mampu menampung sehingga 100 orang murid.

-Pada tahun 2005, Kelas Prasekolah pula telah diwujudkan dan mampu menerima kehadiran murid sehingga 25 orang.

-Atas inisiatif PIBG, Dewan Terbuka telah mula dibina pada pertengahan Tahun 2013.

-Sekolah ini telah ditadbir oleh beberapa orang Guru Besar.

-Pada awal penubuhan iaitu pada tahun 1993, SK Taman Melawati telah ditadbir oleh Hajjah Sunarni @ Sudarinah Binti Ginen sehingga tahun 1998. Beliau merupakan Guru Besar pertama yang mengasaskan sekolah ini.

-Kemudian diikuti oleh Hajjah Zawiyah Binti Ibrahim iaitu pada tahun 1998 sehingga tahun 1999.

-Pada tahun 1999 sehingga tahun 2004, Hajjah Lailaton Halaliah Binti Jamaludin pula mengambil alih tugas dalam menerajui SKTM 2.

-Pada tahun 2005, Hajjah Ruhayah Binti Abd Rahman telah mengambil alih pucuk pimpinan ini sehingga tahun 2012. Beliau berpindah ke SK (1) Selayang Baru.

-En. Mohamad Alwan Bin Ginen telah mengambil alih pucuk pimpinan SK Taman Melawati bermula dari tahun 2012 sehingga kini.