Apr 04

Jadual Latihan Sukaneka 2014

Berikut dinyatakan jadual latihan sukaneka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3:

Tarikh Hari Masa
08, 15 & 22 April 2014 Selasa 4.30 ptg – 6.30 ptg
09, 16 & 23 April 2014 Rabu 4.30 ptg – 6.30 ptg
10, 17 & 24 April 2014 Khamis 4.30 ptg – 6.30 ptg
11 & 18 April 2014 Jumaat 4.30 ptg – 6.30 ptg

Semua murid Tahun 1, 2 dan 3 dikehendaki memakai pakaian sukan yang lengkap semasa latihan.

Apr 02

JADUAL KELAS BIMBINGAN UPSR TAHUN 2014

Kelas bimbingan UPSR Tahun 2014 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Kelas Bimbingan Hari Sabtu

1. 22 FEB 2014 ( Sabtu, 7.45 pagi – 12.00 tengah hari )

2. 08 MAC 2014 ( Sabtu, 7.45 pagi – 12.00 tengah hari )

3. 15 MAC 2014 ( Sabtu, 7.45 pagi – 12.00 tengah hari )

4. 12 APRIL 2014 ( Sabtu, 7.45 pagi – 12.00 tengah hari ) – ditangguhkan-

5. 19 APRIL 2014 ( Sabtu, 7.45 pagi – 12.00 tengah hari )

6. 17 MEI 2014 ( Sabtu, 7.45 pagi – 12.00 tengah hari )

7. 24 MEI 2014 ( Sabtu, 7.45 pagi – 12.00 tengah hari )

Kelas Intensif Cuti Sekolah

Tarikh : 28, 29, 30 dan 31 Mei 2014

Hari : Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu

Masa : (7.45 pagi – 12.00 tengah hari )

 

Apr 01

Program Kem Pemantapan Ibadah

Program Kem Pemantapan Ibadah Insan Kamil untuk murid-murid Tahun 6 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 5-6 April 2014

Hari : Sabtu & Ahad

Masa : 8.00 pagi Sabtu hingga 11.30 pagi Ahad

Tempat : SK Taman Melawati 2

Apr 01

Kejohanan Sukaneka

Sekolah ini akan mengadakan Kejohanan Sukaneka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 26 April 2014

Hari : Sabtu

Masa : 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat : Dewan Terbuka SK Taman Melawati 2

Perhimpunan Kali Pertama di Dewan Terbuka

Image

Perhimpunan kali pertama di Dewan Terbuka Sekolah telah diadakan pada pagi Isnin yang lalu.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada PIBG sekolah dan pihak-pihak yang telah memberikan sokongan dan bantuan dalam memastikan pembinaan dewan yang diimpikan ini menjadi kenyataan.

       Perhimpunan Di Dewan Terbuka  dewan terbuka
                             murid 3 dewan terbuka

 

Mar 18

Kelas Intensif Cuti Sekolah Untuk Murid Tahun 6

Kelas bimbingan UPSR sempena Cuti Pertengahan Penggal Satu akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24, 25 dan 26 Mac 2014

Hari: Isnin, Selasa dan Rabu

Masa: 7.45 pagi – 12.00 tengah hari

Murid-murid yang tidak dapat menghadirkan diri, diminta untuk memberikan surat tunjuk sebab kepada penyelaras Tahun 6 2014.

Semoga program ini dapat membantu anak tuan / puan mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2014.

Mar 13

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2015 & 2016

Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi  Atas Talian sahaja. Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer  yang ada capaian internet.

Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2014 hingga 30 April 2014 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Ibu bapa / penjaga adalah diingatkan agar membaca peraturan dengan teliti dan memasukkan maklumat dan kod-kod yang betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan permohonan gagal.