Jun 02

Tahniah

FAQIHAH 2

Tahniah sekali lagi kepada Adik Nur Izzati Faqihah Amni Binti Rais dari Kelas 6 Wawasan yang terus mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat pertama di 9th Nestle Koko Crunch Junior Taekwando Championship Grand Final yang telah berlangsung pada 1 Jun 2014 di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur.

 

May 28

Selamat Bercuti

cuti sekolahPihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid. Semoga murid-murid dapat memanfaatkan cuti sekolah ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. ~ Selamat bercuti ~

 

May 26

Cuti Pertengahan Tahun

Sekolah akan mula bercuti pada 28 Mei 2014 sehingga 15 Jun 2014. Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin bersamaan 16 Jun 2014. Pejabat sekolah akan beroperasi seperti biasa untuk sebarang urusan rasmi.

May 21

Edaran Buku Maklumat Sarana Ibu Bapa

Sarana-Ibu-Bapa-Pihak sekolah telah menerima buku maklumat Sarana Ibu Bapa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh kerana bekalan yang diterima adalah terhad pada peringkat pertama ini, buku berkenaan akan diedarkan kepada ibu bapa murid-murid Tahun 1 dan 2 sahaja melalui anak masing-masing.

May 19

Tahniah!

IMG-20140519-WA0053Tahniah kepada Adik Nur Izzati Faqihah Amni Binti Rais dari Kelas 6 Wawasan yang terus mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Sukan Taekwando. Beliau telah mendapat pingat Emas di dua Kejohanan berbeza baru-baru ini.

Acara    : Kejohanan Taekwando Sekolah-Sekolah Daerah Gombak 2014

Tarikh    : 13 – 14 Mei 2014

Tempat : Dewan SK Puncak Alam 2

Acara    : 5th Kepong Open & Loh Kok Man Taekwando Championship 2014

Tarikh    : 18 – 20 Mei 2014

Tempat : Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur

tahniah

May 14

Persekolahan Satu Sesi

hari guru

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah akan diadakan pada 16 Mei 2014   ( Jumaat ). Semua murid akan bersekolah satu sesi. Sesi persekolahan bermula jam 7.40 pagi – 12.00 tengah hari. Murid-murid dibenarkan untuk memakai baju sukan sekolah dan seluar track.